Lazada Malaysia

Jumaat, 28 April 2017

Kes Thaqif : Kementerian Kesihatan Cuba Percepat Bedah Siasat

Dr Hilmi Yahaya


MELAKA - Kementerian Kesihatan akan cuba mempercepatkan laporan siasatan bedah siasat punca kematian pelajar tahfiz Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, kata Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata, ini kerana kematian kanak-kanak berumur 11 tahun itu kini menjadi kes berprofil tinggi selain menjadi perhatian umum dan pihaknya kini sedang melakukan yang terbaik agar tindakan lanjut dapat dilakukan segera.

"Laporan bedah siasat masih dalam proses dan kita belum mendapat apa-apa maklumat lagi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Saintifik dan Sambutan Hari Juruteknologi Makmal Perubatan peringkat kebangsaan ke-3 di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi laman rasmi Facebooknya semalam yang mahu supaya siasatan kes kematian Mohamad Thaqif Amin dipercepatkan.

Mohamad Thaqif Amin meninggal dunia petang semalam ketika sedang dalam rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru.

Kisah Mohamad Thaqif Amin yang dimasukkan ke HSI pada 19 April menjadi tular di media sosial selepas dia dilapor mengalami kecederaan pada bahagian kaki sejak dua minggu lepas dipercayai akibat dipukul oleh pembantu warden madrasahnya.

Selepas kedua-dua belah kakinya dipotong, tangan kanan Mohamad Thaqif Amin pula dijangkiti kuman akibat darah beku  dan  dijadualkan  dipotong dari jari hingga bawah siku semalam, namun pembedahan ditangguhkan kerana jantung pelajar itu dilapor tidak stabil.

Dr Hilmi juga berkata, pihak sekolah milik kerajaan atau swasta diminta lebih berhati-hati dan membuat semakan kesihatan atau latar belakang seseorang individu terutama mereka yang mahu diambil sebagai pendidik.

Sementara itu beliau berkata pengamal perubatan terutama golongan pakar di negara ini disaran agar terus meningkatkan kepakaran mereka dalam bidang masing-masing bagi memenuhi keperluan semasa dalam industri perubatan di dalam dan luar negara.

Katanya inisiatif berkenaan ialah bagi memastikan industri perubatan negara tidak ketinggalan di belakang negara lain selain menjadikan golongan berkenaan boleh dipasarkan terutama di negara luar.

"Pakar kita terutama dalam bidang pembedahan jantung banyak mendapat permintaan daripada negara luar bukan hanya secara individu tetapi secara berkumpulan. Mereka bukan hanya hendakkan pakar tetapi kumpulan pakar berkenaan juga termasuk jururawat dan ini adalah satu penghormatan pada kita," katanya.

Beliau berkata, setakat ini negara mempunyai kira-kira 9,000 pakar perubatan di hospital kerajaan dan swasta meliputi 120 bidang termasuk dalam perubatan, pembedahan dan ortopedik. 

Kredit – Bernama

Maut Dilanggar Suami Sendiri



SINGAPURA - Seorang wanita berusia 64 tahun maut selepas dilanggar secara tidak sengaja oleh suaminya sendiri.

Selepas melanggar isterinya, lelaki yang panik turut melanggar tiang di blok Lembaga Perumahan kira-kira 10 meter dari lokasi kejadian, kata saksi.

Kejadian berlaku kira-kira 7.50 petang di tempat letak kereta Blok 332, Ang Mo Kio Avenue 1.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) memberitahu Strait Times, mereka dimaklumkan insiden berkenaan pada jam 7.51 dan sebuah ambulans dihantar.

"Seorang wanita berusia 64 tahun, tidak sedarkan diri ketika dibawa ke Hospital Tan Tock Seng di mana dia kemudiannya meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami. Siasatan sedang dijalankan," kata polis.

Pelajar Goh Xinyi yang berada di kedai optik ibunya di Blok 332, Ang Mo Kio Avenue 1 berdekatan lokasi kejadian berkata, dia dan ibunya mendengar dentuman kuat kira-kira jam 8 malam.

"Kami keluar dan melihat seorang wanita tua terbaring dalam keadaan berlumuran darah di sekitar kepalanya.
"Seorang lelaki beusia dalam lingkungan 50an dan 60an melutut di sebelah tubuh wanita itu dan kelihatan sangat tertekan dan berulang kali menyebut "Dia isteri saya dan mengapa saya melanggarnya" dalam bahasa Mandarin," kata Goh.

Menurut Goh lagi, lelaki itu memberitahunya, dia secara tidak sengaja melanggar isterinya yang berada bertentangan di tempat letak kereta iaitu kira-kira 10 meter dan dalam keadaan panik dia terpijak gear yang salah dan menyebabkan dia turut melanggar tiang berhampiran blok 332.

Seorang pejalan kaki yang enggan namanya didedahkan berkata, kereta itu juga telah melanggar dua motosikal ketika merempuh tiang.

Kredit : Sinar Harian

Khamis, 27 April 2017

Kes Bunuh - Kematian adik Arwah Thaqif

Status Twitter yang di muat naik oleh Ketua Polis Negara


Kuala Lumpur: Polis mengklasifkasikan semula kes bekas murid Madrasah Tahfiz Al Jauhar, Kota Tinggi, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui laman Twitter miliknya turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.
"PDRMsia ucapkan takziah kepada keluarga anak ini dan mengklasifikasikan semula siasatan di bawah Seksyen 302 bunuh," katanya.
Dalam satu lagi twitnya, Khalid berkata, polis akan mendapatkan laporan penuh perubatan untuk siasatan segera.
"PDRMsia akan dapatkan laporan penuh perubatan dan lengkapkan siasatan dengan segera," katanya.
Mohamad Thaqif meninggal dunia jam 2 petang tadi ketika mendapat rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) akibat jangkitan kuman.

Kredit : Harian Metro
Banner saiz 468x60 nurraysa

Rabu, 26 April 2017

Mangsa Dera - Mohd Thaqif Meninggal Dunia

PELAJAR madrasah tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru, sebentar tadi.



JOHOR BAHRU: Pelajar madrasah tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, meninggal dunia sebentar tadi, ketika dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.

 Kanak-kanak berusia 11 tahun itu meninggal dunia jam 2.05 petang selepas doktor menangguhkan pembedahan memotong tangan kanannya yang sepatutnya dilakukan hari ini kerana jantungnya tidak stabil. 

Jumaat lalu, kedua-dua kaki Mohamad Thaqif terpaksa dipotong sejak dimasukkan ke HSI dua minggu lalu kerana ada darah beku selepas didakwa disebat oleh seorang pembantu warden madrasah tahfiz di Kota Tinggi itu. 

Ibu saudaranya, Dzuraidah Ahmad, berkata Mohamad Thaqif meninggal dunia di wad unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan. Jenazah kini masih berada di HSI dan dijangka dibawa pulang ke kediaman ibu bapanya di Ulu Tiram di sini.

Kredit : Berita Harian

Rabu, 19 April 2017

Jenayah Seksual Remaja Juvana

Melaka: Empat pelajar perempuan yang menjalani hukuman juvana di sekolah pemulihan akhlak Tunas Bakti, Sungai Lereh, di sini, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan memasukkan botol pewangi ketiak ke dalam kemaluan penghuni lain.
Keempat-empat tertuduh yang masing-masing berusia 18 dan 19 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar.
Mengikut pertuduhan, tertuduh secara bersama-sama didakwa melakukan hubungan seks dengan cara memasukkan objek iaitu sebotol pewangi ketiak ke dalam kemaluan remaja perempuan berusia 16 tahun pada 5 petang di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Tanjung Kling, 9 April lalu.


Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan dibaca bersama-sama di bawah Seksyen 34 kanun sama yang memperuntuk hukuman penjara tidak lebih 30 tahun dan dengan sebat.
Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi memohon jaminan tidak dibenarkan dengan alasan bimbang seorang daripada tertuduh akan menghilangkan diri kerana akan tamat tempoh perintah tahanan di sekolah pemulihan akhlak, Mei ini manakala tiga yang lain pada tahun depan.
Bagaimanapun beliau mencadangkan jaminan sebanyak RM30,000 setiap tertuduh sekiranya mahkamah membenar jamin dan syarat tambahan dikenakan.
Semua tertuduh yang diwakili Peguam Bela Andrew Lourdes memohon tertuduh dibenar jamin sebanyak RM5,000 setiap seorang dengan alasan semua berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah.
Selepas mendengar rayuan kedua-dua pihak, Ahmad Sazali membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM15,000 setiap seorang dengan syarat tambahan perlu meneruskan perintah di sekolah Tunas Bakti sehingga kes selesai, jika jaminan dibayar.
Tertuduh juga diperintah untuk diasingkan daripada mangsa dan saksi perbicaraan. Mahkamah kemudian menetapkan 17 Mei depan untuk laporan perubatan dan sebutan semula kes.

Kredit : Harian Metro

Geng Rooban Tewas

KETUA Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, hari ini. - Foto Mohd Fadli Hamzah


SEPANG: Polis Sepang menyelesaikan kes rompakan kedai serbaneka 24 jam dan taman perumahan di sekitar daerah ini dengan tertangkapnya lima ahli 'Geng Rooban' yang mendalangi jenayah itu sejak tahun lalu. 

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali, berkata tangkapan dibuat menerusi operasi pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah dan Pasukan Ops Cantas Khas Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, yang berjaya menahan dalang utama kes berkenaan di Dengkil. 

"Pada 12 April lalu, pihak polis menahan seorang lelaki berusia 25 tahun dikenali sebagai Rooban yang kita percaya adalah dalang utama merancang kegiatan jenayah berkenaan. "Susulan tangkapan pertama, kita menahan empat lagi ahli Geng Rooban berusia antara 21 hingga 29 tahun di sekitar Dengkil dan Banting," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, di sini hari ini. 

Abdul Aziz berkata, suspek utama kumpulan berkenaan dibebaskan dari Penjara Kajang pada September tahun lalu selepas menjalani hukuman penjara selama tujuh tahun. Katanya, seorang suspek yang ditahan turut dikesan memakai peranti pemantauan elektronik (EMD) untuk mencegah pelaku daripada terus melakukan jenayah mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA). 



Sebelum ditangkap, katanya, tiga ahli Geng Rooban dipercayai menyamun kedai serbaneka 24 jam di Kota Warisan di Bandar Baru Salak Tinggi dengan mengacukan parang di leher seorang pekerja lelaki kira-kira jam 4.50 pagi ketika mangsa merokok di hadapan kedai. 

"Suspek mengugut mangsa dan meminta mengeluarkan wang dari kaunter kedai serbaneka berkenaan selain mengambil telefon bimbit serta rokok. Jumlah kerugian dianggar RM1,510," katanya. 

Abdul Aziz berkata, polis turut merampas dua kereta jenis Perodua Myvi dan sebuah Perodua Alza yang dipercayai digunakan ketika melakukan jenayah berkenaan. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan dengan senjata.

Kredit : Berita Harian

Bot Karam - Seorang Hilang

OPERASI mencari dan menyelamat seorang nelayan hilang susulan kejadian bot karam dipukul ombak besar di perairan Bagan Pasir, Tanjung Karang, pagi tadi. - Foto Ihsan Bomba

TANJONG KARANG: Seorang nelayan dilaporkan hilang manakala dua rakannya selamat selepas bot mereka karam dilanda ribut dan ombak besar kira-kira jam 9.10 pagi tadi. 

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Ah Hua, 50-an bersama dua nelayan lain, Lim Ching Chong, 46, dan Teoh Eng Chuan, 56, dikatakan keluar menangkap ikan, di perairan Bagan Pasir di sini. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang, Azmi Abbas berkata, bot kelas B yang dinaiki tiga nelayan itu bagaimanapun dilanda angin kuat dan ombak besar sebelum karam pada jarak 3.8 batu nautika dari perairan Bagan Pasir. 

"Dua mangsa terselamat dibantu nelayan yang kebetulan berada di kawasan berhampiran manakala mangsa yang dikhuatiri lemas masih dicari bersama agensi berkaitan.

"Operasi mencari dan menyelamat diketuai Komandan Operasi, Mohd Arbain Saari dengan kekuatan lapan anggota selepas menerima laporan pada jam 2.27 petang tadi," katanya. 

Satu pusat kawalan operasi bomba juga dibuka di Jeti Bagan Pasir bagi mencari dan menyelamatkan mangsa.

Kredit : Berita Harian

Geng Pedofilia 12 Negara Tumpas

THE HAGUE : Polis menahan sekurang-kurangnya 38 suspek di lebih 12 negara Eropah dan Amerika Latin selepas menumpaskan rangkaian pedofilia yang menggunakan aplikasi sosial WhatsApp untuk mengedarkan gambar lucah kanak-kanak. 

Pihak berkuasa Europol dalam satu kenyataan berkata, pihak berkuasa tempatan dan antarabangsa menggeledah beberapa kediaman dan merampas ratusan peranti elektronik mengandungi bahan pornografi kanak-kanak di Amerika Selatan, Amerika Tengah, Jerman, Sepanyol dan Itali. 

Pengarah Europol, Rob Wainwright, berkata semua suspek yang ditahan menyalah gunakan kecanggihan teknologi moden untuk mengelak ditangkap pihak berkuasa. "Dengan bukti jelas berhubung perkongsian bahan pornografi, pihak berkuasa Sepanyol mendedahkan pautan yang digunakan untuk menghubungkan pengguna kepada kumpulan pedofilia dalam WhatsApp," kata Wainwright. 

Dikenali sebagai Operasi Tantalio, siasatan jenayah berkenaan dimulakan pertengahan tahun lalu oleh Unit Jenayah Teknologi Tinggi pasukan polis Sepanyol yang mengkhusus kepada rangkaian sulit Tor, iaitu sistem digunakan penjenayah bagi menyorokkan identiti mereka. Menurut Europol, siasatan dibuat ke atas 25 kumpulan yang hanya boleh disertai melalui jemputan khas. 

Kredit - AFP

Pelakon Risteena buat laporan polis

                                     PELAKON, Risteena Munim. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

KUALA LUMPUR: Selepas tidak mampu lagi bertolak ansur dengan sebuah syarikat produksi, Risteena Munim dan beberapa pelakon lain membuat laporan polis semalam. Ia berikutan kegagalan pihak berkenaan melunaskan bayaran ke atas khidmat mereka bagi drama 30 episod untuk siaran sebuah televisyen berbayar.

 Selain Risteena, 27, pelakon lain yang turut berbuat perkara sama termasuk Azrel Ismail, Bella Nazari dan Wan Nor Azlin. Menurut pelakon terbabit, laporan polis terlebih dulu dibuat di Balai Polis Dang Wangi di sini, namun ia dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, Selangor, kerana produksi itu beroperasi di kawasan berkenaan. 

Katanya, produksi terbabit seakan-akan melengahkan penggambaran kerana enggan melangsaikan 20 peratus baki bayaran kedua berhak diterima mereka. "Sebelum penggambaran, saya sudah menerima 30 peratus bayaran dijanjikan manakala 20 peratus lagi akan diberikan selepas selesai 15 episod. "Selebihnya selepas tamat penggambaran. 

Sudah dua bulan kami menjalani penggambaran dan dalam tempoh itu, sepatutnya sudah 15 episod disiapkan. "Namun, nampaknya produksi seperti melengahkan penggambaran kerana tidak mahu melepaskan 20 peratus bayaran, yang sepatutnya sudah diterima. 

"Setiap kali ke set penggambaran dengan siap bersolek, ada saja perkara berbangkit seperti masalah lokasi dan prop, hingga kerja langsung tak menjadi dan masa terbuang begitu saja. "Saya diugut saman RM700,000 jika ke lokasi penggambaran sebuah telefilem, sedangkan dari awal saya sudah memaklumkan komitmen saya dengan mereka. 

Orang kuat produksi juga sudah bersetuju tapi apabila tiba masanya, saya dilarang dan diugut pula. "Keesokannya pada hari saya patut menjalani penggambaran telefilem berkenaan, komitmen kerja dengan drama itu langsung tiada dan kami diberi cuti," katanya kepada BH Online. 

Kata Risteena, mereka juga akan membawa perkara itu kepada perhatian Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Persatuan Seniman (SENIMAN) supaya produksi terbabit memberhentikan penggambaran jika tidak mampu membayar wang yang dijanjikan. 

Mereka yakin syarikat produksi berkenaan tidak mempunyai duit meneruskan sesi penggambaran sehingga mengakibatkan seluruh tenaga kerja drama itu menanggung masalah

Kredit : Berita Harian

Helikopter Terhempas - 12 Mangsa Maut

                                                                   Gambar Hiasan


RIYADH: Dua belas anggota tentera Arab Saudi termasuk empat pegawai, maut selepas helikopter dinaiki terhempas di Yaman. 

Perkara itu disahkan pasukan pakatan Arab yang memerangi pemberontak Houthi di negara itu, dalam satu kenyataan. 

Helikopter Black Hawk milik Arab Saudi itu terhempas ketika operasi di wilayah Marib di timur Sanaa hari ini, kata pasukan tentera pakatan dalam kenyataan yang disiarkan agensi berita SPA. Bagaimanapun, punca nahas tidak dinyatakan. - AFP

Kredit : AFP

Seorang Anggota TLDM hilang

MIRI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menggerakkan empat kapal termasuk satu helikopter bagi membantu operasi mengesan seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dilaporkan terjatuh dari kapal KD Perantau. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, sebuah daripada kapal yang menyertai misi itu ialah KM Pekan, iaitu kapal peronda yang dihadiahkan negara Jepun dan mula digunakan di Sarawak, selepas pameran Maritim di Langkawi.

 Beliau berkata, kawasan tumpuan pencarian ialah di Laut China Selatan termasuk di Zon Ekonomi Eksklusif, dekat perairan Sarawak dan Sabah. 

"Sehingga tengah hari ini belum ada sebarang petunjuk mengenai kehilangan anak kapal itu dijumpai dan usaha disertai pelbagai agensi berkaitan masih giat dilakukan. "Keadaan cuaca dan laut di lokasi tumpuan agak baik hari ini. Diharap usaha berkenaan akan membuahkan hasil yang diharapkan," katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Miri di sini, sebentar tadi. 

Kehilangan anak kapal KD Perantau itu disahkan jam 9 pagi tadi dan disyaki terjatuh ke laut ketika kapal itu dalam pelayaran pulang ke Pangkalan TLDM Lumut dari Pangkalan TLDM Teluk Sepanggar Sabah.


Kredit : Berita Harian

Trump tuduh Obama bela penjenayah

                             PRESIDEN Donald Trump (kiri) dan Barack Obama. - Foto AFP/Reuters


WASHINGTON: Presiden Donald Trump hari ini, menyalahkan pemimpin Amerika Syarikat (AS) terdahulu, Barack Obama, kerana membenarkan kumpulan penjenayah, MS-13, berakar umbi di bandar raya di negara itu. 

Tuduhan itu sekali lagi dilontarkan tanpa mengemukakan bukti. MS-13 yang juga dikenali sebagai Mara Salvatrucha, adalah antara kumpulan penjenayah yang mendalangi gelombang keganasan di Guatemala, Honduras dan El Salvador. 

Ia ditubuhkan di Los Angeles oleh pendatang El Salvador yang melarikan diri daripada perang saudara pada tahun 1980-an. Kumpulan itu bagaimanapun masih aktif di AS. AS mengusir beberapa anggota kumpulan itu sekitar tahun 2000 untuk kembali ke negara asal mereka, yang menyumbang kepada penularan keganasan di rantau berkenaan. 

Jenayah domestik yang dikaitkan dengan MS-13 termasuk pembunuhan empat belia Hispanik minggu lalu di New York, selain 11 yang dibunuh di tahun lalu, termasuk dua remaja yang dibunuh dengan parang dan kayu besbol. 

"Dasar pendatang tanpa izin yang lemah oleh pentadbiran Obama membolehkan kumpulan MS-13 dibentuk di bandar raya seluruh AS. "Kita akan mengusir mereka dengan cepat," katanya menerusi akaun Twitter rasminya. 

Kredit - AFP

Isnin, 17 April 2017

Wanita mengandung meninggal dunia akibat H1N1




KUALA TERENGGANU – Jabatan Kesihatan Terengganu (JKNT) mengesahkan seorang wanita meninggal dunia kerana Influenza A (H1N1) minggu lalu menjadikan ia kes kematian pertama di negeri ini disebabkan virus tersebut.

Pengarah JKNT, Dr Mohammad Omar berkata, wanita sedang mengandung lima minggu itu meninggal dunia pada 13 April lalu di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selepas dimasukkan ke sana sejak 7 April.

“Mangsa dilaporkan sudah demam seminggu, dia pergi ke hospital swasta sebelum dirujuk HSNZ dan terus dimasukkan ke ICU (Unit Rawatan Rapi) kerana keadaannya sudah teruk.
“Kita berikan rawatan penuh kepadanya namun mangsa akhirnya meninggal dunia pada 13 April lalu,” katanya dalam satu sidang media bagi menjawab isu tersebut yang menjadi tular di media sosial di HSNZ, di sini.

Menurut Dr Mohammad, masyarakat tidak perlu panik dengan virus tersebut kerana H1N1 kini dikategorikan sebagai influenza bermusim atau selesema biasa dan tidak perlu lagi dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Beliau berkata, dianggarkan lapan hingga 10 kes disyaki H1N1 dilaporkan di HSNZ setiap bulan dengan beberapa kes positif namun kesemua pesakit pulih seperti biasa.
Bagaimanapun katanya, kanak-kanak, warga emas, wanita mengandung dan mereka yang ada penyakit kronik perlu berwaspada sekiranya dijangkiti H1N1 kerana virus tersebut boleh menjadikan komplikasi serius jika tidak mendapat rawatan segera.

“Empat golongan ini kena hati-hati jika ada tanda-tanda H1N1, kena cepat-cepat dapatkan rawatan di hospital kerana berisiko tinggi. Kes kematian ini juga melibatkan individu berisiko disebabkan mangsa mengandung,” katanya.

Dr Mohammad turut menasihati orang ramai yang mendapat tanda-tanda H1N1 supaya tidak berkunjung ke tempat awam dan elakkan bergaul dengan orang ramai.
“Jaga kesihatan, kebersihan diri, kebersihan persekitaran dan pakai topeng muka dan paling penting segera ke klinik, jangan tunggu lama-lama,” katanya.

Kredit : Sinar Harian

Jumaat, 14 April 2017

Perkongsian : Jutawan Applikasi 2017

Hidup Anda Akan Berubah Selepas Anda Muat Turun Aplikasi Ajaib Telefon Bimbit Saya Dan Lihat Akaun Bank Anda SaratDengan Duit Yang Masuk Bertubi-Tubi Setiap Beberapa Minit!

Mungkin anda pernah terbakar melecur sebelum ini melabur dalam bermacam-macam skim cepat kaya, e-book, perisian atau aplikasi yang tidak berguna satu sen pun.

Ini JAMINAN dan SUMPAH saya, anda memang tidak akan dapat melihat aplikasi ajaib sebegini di mana-mana pun. Ia LAIN sekali dan tak pernah dicipta oleh sesiapa. 

Anda adalah antara yang PERTAMA menjumpai dan berpeluang untuk muat turun dan install aplikasi ini ke dalam telefon bimbit anda.


Jika anda pernah muat turun sebarang aplikasi lain, saya cadangkan anda buang sahaja aplikasi tersebut ke dalam tong sampah sekarang dan baca rahsia yang ingin saya bocorkan di bawah.

Sebaik anda install aplikasi saya ini ke dalam telefon anda, ia benar-benar akan beroperasi sama seperti yang anda lihat dalam video di atas. Duit akan mula bertubi-tubi masuk dalam masa sejam selepas install.

Duit akan masuk dalam transaksi antara RM100 ke RM200 setiap beberapa saat sehingga jumlah melebihi RM2,000 sehari dan mungkin lebih lagi. Ini jaminan 100% saya kepada anda. Saya berani bersumpah!

Hanya muat turun, install dan ia akan jalan sendiri. Tanpa perlu klik-klik lagi. Anda tidak perlu klik setiap hari atau lakukan apa-apa lagi dah selepas itu.

Ia adalah sebuah aplikasi automatik AI (Artificial Intelligence) yang berjalan sendiri tanpa manusia. Ia akan menukarkan telefon bimbit anda kepada sebuah mesin ATM yang menarik duit dari pelbagai sumber masuk ke dalam akaun bank anda sendiri.

Dan saya berdoa kepada Tuhan agar aplikasi saya ini juga dapat mengubah dan menyelamatkan hidup anda sebaik anda installnya sebagaimana ia juga telah menyelamatkan kewangan saya dan bukan setakat itu membantu saya menjadi seorang jutawan senyap di rumah sahaja. Insyaallah.

AMARAN: Anda perlu muat turun aplikasi saya SEKARANG juga. Keadaan ekonomi yang tidak menentu dengan harga barangan yang semakin menajam naik dari hari ke hari akan mengancam kedudukan kewangan anda dan keluarga tidak lama lagi.

Adakah anda mahu terjerumus dan lemas dalam belenggu hutang keliling pinggang dan melihat teriakan anak-anak anda kerana tidak cukup makan setiap hari ATAU hidup mewah melihat duit tak henti-henti masuk ke akaun bank anda dari sumber bermacam-macam entah mana pun. Jika pilihan KEDUA yang anda ingini, muat turun terus sekarang tanpa berfikir panjang.

Jadikan, telefon bimbit anda sumber duit tak henti-henti anda SEKARANG sebelum terlambat.

Mohd Afiq Danial
Shah Alam, Malaysia
11hb Februari 2017
Pengasas Applikasi Jutawan


Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan applikasi & testimoni sila klik link di bawah:



Rabu, 12 April 2017

Kes Remaja Dirogol - Polis nafi remaja dirogol



TANAH MERAH - Polis hari ini menafikan adanya kes pemandu teksi merogol remaja perempuan berusia 14 tahun di daerah ini yang menjadi tular di laman sosial dan aplikasi WhatsApp sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, siasatan awal mendapati memang berlaku kes rogol membabitkan remaja terbabit tetapi kejadian itu berlaku di luar daerah ini.

Katanya, suspek dipercayai terlibat dalam kejadian itu juga bukan pemandu teksi seperti ditularkan dalam laman sosial tetapi seorang rakan yang dikenali mangsa.

"Kejadian (rogol) berlaku di luar Tanah Merah dan mangsa dipercayai singgah di daerah ini selepas kejadian. Bagaimanapun, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini," katanya, hari ini.

Justeru, Suzaimi meminta orang ramai agar menghentikan penyebaran berita itu, sebaliknya, memeriksa kesahihan sesebuah maklumat dengan polis terlebih dahulu.

Semalam, tular di laman sosial dan aplikasi WhatsApps bahawa seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dari Ketereh dirogol seorang pemandu teksi sebelum ditinggalkan berhampiran sebuah pasar raya di bandar ini.

Produk Beracun Dikesan

                               KETUA Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah. - Foto Zulfadhli Zulkifli.

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada membeli dan menggunakan tiga produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual iaitu merkuri, hydroquinone dan tretinoin. 

Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata produk itu ialah Tati Skincare Night Cream yang mengandungi merkuri, Tati Skincare Treatment Cream (hydroquinone dan tretinoin) dan Moleek Anti Pigment Cream (hydroquinone dan tretinoin).

 "Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual dalam produk berkenaan," katanya. 

Dr Noor Hisham berkata, produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan. 

Pengguna dan orang ramai boleh menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik di laman web rasmi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di http://npra.moh.gov.my/. 

Sumber : Bernama

Selasa, 11 April 2017

Viral - Status terdesak nak kahwin



KUALA KRAI - Seorang ibu tunggal tidak menyangka status yang dimuat naik di laman sosial petang Selasa lalu, menjadi tular sehingga mengganggunya.

Mira, 32, (bukan nama sebenar) berkata, status berkenaan dimuat naik semata-mata untuk menghilangkan rasa geram dan kecewa dengan sikap individu tertentu sahaja.
Menurutnya, statusnya itu adalah hal peribadi dan tidak perlu dijelaskan secara terperinci kepada pengetahuan umum.

"Saya muat naik status ini pada jam 5 petang dan selepas itu saya mula terima mesej secara berterusan.

"Tapi pada jam 6 petang saya padam status ini kerana bosan menerima mesej tanpa henti. Malah disebabkan itu juga, telefon saya 'hang'," katanya.

Ibu kepada dua anak berusia 5 dan 12 tahun ini juga berkata, kebanyakan mesej dihantar kepadanya daripada lelaki yang mengajaknya berkahwin.

Menurutnya, dia bukan terdesak untuk berkahwin tetapi mahu menunjukkan status tersebut kepada individu berkenaan.

“Saya cuma berharap dia baca dan faham, itu sahaja. Tak sangka lain pula jadinya. Saya juga tak sangka ramai orang kongsi status saya,” katanya.

Dia percaya, status tersebut dikongsi di pelbagai kumpulan media sosial sehingga menyebabkannya tular hingga kini.
Susulan status itu juga katanya, ramai kawan-kawannya yang hubunginya kerana terkejut membaca status tersebut.

“Kebanyakan kawan-kawan faham situasi saya sekarang. Walaupun kecewa dengan apa terjadi, tapi saya bersyukur mereka berikan kata-kata semangat.

“Saya harap selepas ini orang ramai tak lagi hantar mesej ajak saya berkahwin,” katanya.
Tambahnya, bagi individu yang tidak mengetahui perkara sebenar mungkin menganggap dia terdesak untuk berkahwin berdasarkan status berkenaan.

Katanya, status itu tidak menggambarkan kehendaknya sekarang dan hanya yang benar-benar mengetahui situasi sebenar memahami dirinya.

Kredit : Sinar Harian



Ular Tersepit Di Siling Rumah Berjaya Ditangkap







KUALA KRAI - Sebuah keluarga dari Kampung Manek Urai Baru terkejut melihat seekor ular tersepit pada siling rumah mereka, petang kelmarin.

Pemilik rumah terbabit, Yaacob Dollah, 61, berkata, kejadian disedari anak lelakinya yang kemudiannya memaklumkannya penemuan ular tersebut.
Katanya, walaupun terkejut dengan kehadiran tetamu tidak diundang itu, mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana bimbang keselamatan diri tambahan tidak memiliki kepakaran serta alat khusus.

Tambahnya, selepas itu mereka menghubungi dia dan  melaporkannya kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi membolehkan haiwan tersebut dikeluarkan dari situ.

“Lebih sejam ular itu tersepit dari siling.
“Sebaik anggota APM tiba, mereka bawa keluar ular dan bawa balik ke pejabat,” katanya.

Sementara itu, Pegawai APM Kuala Krai, Leftenan Musa (PA) Mohd Hanif Omar berkata, APM menerima panggilan orang awam memaklumkan kejadian petang semalam.

Menurutnya, ular yang tersebit itu adalah jenis ular sawa tikus.
“Ketika ke rumah penduduk, ular itu telah pun berada di atas almari.

“Selepas ditangkap, ular terbabit dibawa balik ke APM Kuala Krai untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Beliau berkata, tangkapan kali ini adalah yang kesepuluh setakat tahun ini.
Menurutnya, ular seberat tiga kilogram dengan panjang dua meter itu ditangkap dua anggota APM.

Sumber : Sinar Harian

Tolong Hormati Agama Islam - TPM

                              DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Himidi melakukan gimik Perasmian Konvensyen MRSM 
                                       Ulul Albab 2017 Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Premiera Hotel. Turut bersama Menteri 
                                       Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kanan) dan Pengerusi
                                       sementara MARA, Datuk Dr. Yusof Yacob. - Foto Saddam Yusoff


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan orang bukan Islam supaya tidak masuk campur urusan orang Islam di negara ini dengan cuba mengajar mereka cara mengukuhkan undang-undang Islam. 

Tanpa menyebut mana-mana undang-undang, Timbalan Perdana Menteri berkata, semua rakyat Malaysia harus menghormati agama Islam yang tercatat dalam Perkara Tiga Perlembagaan Malaysia.

 "Mereka jangan cuba ajar kita bagaimana untuk memperkukuhkan undang-undang agama kita. Kita tidak berhasrat untuk menyentuh agama lain. Tolong hormati agama kami jika mahu kami menghormati agama anda.

 "Saya tidak berhajat mahu cabar sesiapa. Tetapi sesuatu yang baik kita mahu laksanakan sebagai kebaikan ummah, perlu ke kita tanya pada orang lain yang tidak satu akidah dengan kita setakat mana harus ambil wuduk? "Sampai siku atau lengan? Bukan hak mereka untuk ambil tahu, itu ibadah kita. Apatah lagi apabila mereka pertikai bagaimana kita rukuk dan sujud. 

Saya tidak menyentuh apa-apa perundangan tetapi secara umumnya begitu," katanya. Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Konvensyen MRSM Ulul Albab 2017 di sini, sebentar tadi. 

Yang turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut mengumumkan pembukaan lima lagi Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Ulul Albab baharu di lima negeri, menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak sembilan.

 Beliau berkata, pembinaan MRSM baharu bertujuan melahirkan lebih ramai huffaz (penghafal al-Quran) dengan sasaran mahu melahirkan sehingga 125,000 huffaz menjelang 2050. "Kita harap sebahagian daripada 125,000 huffaz ini akan datang daripada MRSM Ulul Albab ini," katanya. 

Program Ulul Albab telah diwujudkan di empat MRSM, bermula di MRSM Kota Putra di Terengganu pada 2009; MRSM Gemencheh, Negeri Sembilan (2010); MRSM Kepala Batas, Pulau Pinang (2011) dan terbaru di MRSM Sungai Besar di Selangor.

Sumber : Berita Harian

Gabenor Alabama Letak Jawatan



MONTGOMERY: Gabenor Alabama, Robert Bentley, hari ini mengumumkan peletakan jawatan bagi mengelak berdepan pemecatan dan mengaku bersalah atas dua kesalahan melanggar etika kempen, ketika siasatan mengenai hubungan sulitnya dengan seorang pembantu kanan. 

Anggota Republikan berusia 74 tahun yang dikenali kerana budi bahasanya itu meletak jawatan ketika skandal seksnya semakin memuncak sejak beberapa hari lalu. Ahli perundangan meningkatkan tekanan dengan memulakan sesi keterangan pemecatan semalam. 

Minggu lalu, Suruhanjaya Etika Alabama menunjukkan bukti Bentley melanggar etika dan undang-undang kempen dan merujuk kes kepada pendakwa raya. "Saya mengecewakan penduduk dan saya minta maaf," kata Bentley dalam Dewan Perwakilan di Alabama selepas mengaku bersalah.

 Kesalahan itu dibuat ketika siasatan mengenai hubungan sulitnya tetapi tidak berkaitan secara langsung dengan kes berkenaan. Satu dakwaan terhadap Bentley berpunca daripada pinjaman AS$50,000 (RM221,000) yang dibuat bagi kempennya pada November tahun lalu yang gagal dilaporkan sehingga Januari lalu.

 Dakwaan kedua membabitkan penggunaan dana kempennya untuk membayar hampir AS$9,000 (RM39,000) bil perundangan bagi pembantunya itu, Rebekah Mason, tahun lalu. 

Sumber - AP

Pangkalan Udara Syria diserang



WASHINGTON: Serangan Amerika Syarikat ke atas sebuah pangkalan udara Syria memusnahkan satu perlima baki pesawat tempur rejim Damsyik, kata Setiausaha Pertahanan AS, Jim Mattis, hari ini ketika Washington mengeluarkan amaran baharu kepada Presiden Bashar al-Assad.

 Penilaian umum serangan peluru berpandu pada Jumaat lalu dan retorik baharu itu dikeluarkan ketika menteri tujuh negara maju (G7) berhimpun di Itali untuk menghantar mesej jelas dan selaras kepada Russia ekoran sokongannya terhadap Damsyik.

 Jumaat lalu, AS melancarkan 59 peluru berpandu Tomahawk menyasarkan pangkalan udara Shayrat berhampiran Homs yang didakwa Pentagon lokasi jet digerakkan untuk melancarkan serangan kimia di wilayah pemberontak di Idlib. 

"AS tidak akan hanya melihat Assad membunuh penduduk tidak bersalah dengan senjata kimia, yang diharamkan undang-undang antarabangsa dan sudah diisytiharkan musnah," kata Mattis dalam satu kenyataan sambil mengesahkan bahawa 20 peratus pesawat Assad yang masih boleh beroperasi, musnah.

Sumber - AFP

Tutup Agensi Peragaan - Trump



NEW YORK: Organisasi Trump, konglomerat yang menyatukan pelbagai kepentingan perniagaan keluarga Presiden Donald Trump, semalam mengumumkan ia menutup agensi peragaan selama 18 tahun.

 "Berikutan penjualan Pertubuhan Ratu Universe baru-baru ini, Organisasi Trump memilih untuk meninggalkan industri peragaan. "Walaupun menikmati banyak kejayaan, kami mahu memberi tumpuan kepada perniagaan utama dalam bidang hartanah dan industri golf," kata jurucakap pertubuhan itu.

 Pertandingan Ratu Universe dimiliki Trump selama beberapa tahun, tetapi beliau menjualnya kepada kumpulan pengurusan bakat pada 2015 selepas mengeluarkan kenyataan yang menghina pendatang Mexico. 

Tidak dapat dipastikan bila sebenarnya agensi peragaan itu, yang masih tersenarai dalam laman web Organisasi Trump, akan ditutup. Diasaskan pada 1999, laman web syarikat menggambarkan Pengurusan Model Trump sebagai 'antara agensi peragaan utama di New York City.' 

Sumber - AFP

Wanita Vietnam maut kemalangan




IPOH: Seorang wanita warga Vietnam maut manakala tiga lagi parah selepas kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) di Jalan Burung Merak, Taman Ipoh Selatan di sini, pagi tadi. 

Dalam kemalangan jam 5.20 pagi itu, mangsa yang maut berusia dalam lingkungan 20-an dan adalah seorang daripada penumpang di tempat duduk belakang kereta PROTON Wira dinaiki. Tiga lagi yang cedera menaiki kereta sama, berusia antara 20 hingga 26 tahun. 

Bagaimanapun, lelaki berusia 20-an yang memandu kereta itu dan pemandu 4WD berusia 30-an tidak cedera. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, Mohd Fauzi Abd Aziz, berkata 12 pegawai dan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat pada jam 5.29 pagi. 

Beliau berkata, anggota mendapati PROTON Wira dinaiki lima mangsa terbabas ke longkang besar dan tersadai pada palang yang merintangi longkang berkenaan. Sebaik tiba, bomba mendapati empat penumpang dalam PROTON Wira tersepit manakala pemandunya dapat keluar. 

"Anggota bomba mengeluarkan semua mangsa dari kereta berkenaan namun seorang daripadanya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan akibat terperosok dalam kenderaan itu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Beliau berkata, mangsa yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut sebelum dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat. Katanya, tiga yang parah dihantar hospital sama untuk menerima rawatan dan operasi tamat pada jam 6.21 pagi.

Kredit : Berita Harian

Kes Arwah Thaqif : Pembantu Warden Sujud Syukur

Kota Tinggi: Pembantu warden yang ditahan bagi membantu siasatan kematian bekas murid Madrasah Tahfiz Al Jauhar, Mohamad Thaqif Amin ...