Lazada Malaysia

Rabu, 19 April 2017

Seorang Anggota TLDM hilang

MIRI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menggerakkan empat kapal termasuk satu helikopter bagi membantu operasi mengesan seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dilaporkan terjatuh dari kapal KD Perantau. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, sebuah daripada kapal yang menyertai misi itu ialah KM Pekan, iaitu kapal peronda yang dihadiahkan negara Jepun dan mula digunakan di Sarawak, selepas pameran Maritim di Langkawi.

 Beliau berkata, kawasan tumpuan pencarian ialah di Laut China Selatan termasuk di Zon Ekonomi Eksklusif, dekat perairan Sarawak dan Sabah. 

"Sehingga tengah hari ini belum ada sebarang petunjuk mengenai kehilangan anak kapal itu dijumpai dan usaha disertai pelbagai agensi berkaitan masih giat dilakukan. "Keadaan cuaca dan laut di lokasi tumpuan agak baik hari ini. Diharap usaha berkenaan akan membuahkan hasil yang diharapkan," katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Miri di sini, sebentar tadi. 

Kehilangan anak kapal KD Perantau itu disahkan jam 9 pagi tadi dan disyaki terjatuh ke laut ketika kapal itu dalam pelayaran pulang ke Pangkalan TLDM Lumut dari Pangkalan TLDM Teluk Sepanggar Sabah.


Kredit : Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kes Arwah Thaqif : Pembantu Warden Sujud Syukur

Kota Tinggi: Pembantu warden yang ditahan bagi membantu siasatan kematian bekas murid Madrasah Tahfiz Al Jauhar, Mohamad Thaqif Amin ...