Lazada Malaysia

Selasa, 11 April 2017

Wanita Vietnam maut kemalangan




IPOH: Seorang wanita warga Vietnam maut manakala tiga lagi parah selepas kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) di Jalan Burung Merak, Taman Ipoh Selatan di sini, pagi tadi. 

Dalam kemalangan jam 5.20 pagi itu, mangsa yang maut berusia dalam lingkungan 20-an dan adalah seorang daripada penumpang di tempat duduk belakang kereta PROTON Wira dinaiki. Tiga lagi yang cedera menaiki kereta sama, berusia antara 20 hingga 26 tahun. 

Bagaimanapun, lelaki berusia 20-an yang memandu kereta itu dan pemandu 4WD berusia 30-an tidak cedera. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, Mohd Fauzi Abd Aziz, berkata 12 pegawai dan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat pada jam 5.29 pagi. 

Beliau berkata, anggota mendapati PROTON Wira dinaiki lima mangsa terbabas ke longkang besar dan tersadai pada palang yang merintangi longkang berkenaan. Sebaik tiba, bomba mendapati empat penumpang dalam PROTON Wira tersepit manakala pemandunya dapat keluar. 

"Anggota bomba mengeluarkan semua mangsa dari kereta berkenaan namun seorang daripadanya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan akibat terperosok dalam kenderaan itu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Beliau berkata, mangsa yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut sebelum dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat. Katanya, tiga yang parah dihantar hospital sama untuk menerima rawatan dan operasi tamat pada jam 6.21 pagi.

Kredit : Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kes Arwah Thaqif : Pembantu Warden Sujud Syukur

Kota Tinggi: Pembantu warden yang ditahan bagi membantu siasatan kematian bekas murid Madrasah Tahfiz Al Jauhar, Mohamad Thaqif Amin ...