Lazada Malaysia

Rabu, 19 April 2017

Geng Pedofilia 12 Negara Tumpas

THE HAGUE : Polis menahan sekurang-kurangnya 38 suspek di lebih 12 negara Eropah dan Amerika Latin selepas menumpaskan rangkaian pedofilia yang menggunakan aplikasi sosial WhatsApp untuk mengedarkan gambar lucah kanak-kanak. 

Pihak berkuasa Europol dalam satu kenyataan berkata, pihak berkuasa tempatan dan antarabangsa menggeledah beberapa kediaman dan merampas ratusan peranti elektronik mengandungi bahan pornografi kanak-kanak di Amerika Selatan, Amerika Tengah, Jerman, Sepanyol dan Itali. 

Pengarah Europol, Rob Wainwright, berkata semua suspek yang ditahan menyalah gunakan kecanggihan teknologi moden untuk mengelak ditangkap pihak berkuasa. "Dengan bukti jelas berhubung perkongsian bahan pornografi, pihak berkuasa Sepanyol mendedahkan pautan yang digunakan untuk menghubungkan pengguna kepada kumpulan pedofilia dalam WhatsApp," kata Wainwright. 

Dikenali sebagai Operasi Tantalio, siasatan jenayah berkenaan dimulakan pertengahan tahun lalu oleh Unit Jenayah Teknologi Tinggi pasukan polis Sepanyol yang mengkhusus kepada rangkaian sulit Tor, iaitu sistem digunakan penjenayah bagi menyorokkan identiti mereka. Menurut Europol, siasatan dibuat ke atas 25 kumpulan yang hanya boleh disertai melalui jemputan khas. 

Kredit - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kes Arwah Thaqif : Pembantu Warden Sujud Syukur

Kota Tinggi: Pembantu warden yang ditahan bagi membantu siasatan kematian bekas murid Madrasah Tahfiz Al Jauhar, Mohamad Thaqif Amin ...