OPERASI mencari dan menyelamat seorang nelayan hilang susulan kejadian bot karam dipukul ombak besar di perairan Bagan Pasir, Tanjung Karang, pagi tadi. - Foto Ihsan Bomba
TANJONG KARANG: Seorang nelayan dilaporkan hilang manakala dua rakannya selamat selepas bot mereka karam dilanda ribut dan ombak besar kira-kira jam 9.10 pagi tadi.
Mangsa yang hanya dikenali sebagai Ah Hua, 50-an bersama dua nelayan lain, Lim Ching Chong, 46, dan Teoh Eng Chuan, 56, dikatakan keluar menangkap ikan, di perairan Bagan Pasir di sini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang, Azmi Abbas berkata, bot kelas B yang dinaiki tiga nelayan itu bagaimanapun dilanda angin kuat dan ombak besar sebelum karam pada jarak 3.8 batu nautika dari perairan Bagan Pasir.
"Dua mangsa terselamat dibantu nelayan yang kebetulan berada di kawasan berhampiran manakala mangsa yang dikhuatiri lemas masih dicari bersama agensi berkaitan.
"Operasi mencari dan menyelamat diketuai Komandan Operasi, Mohd Arbain Saari dengan kekuatan lapan anggota selepas menerima laporan pada jam 2.27 petang tadi," katanya.
Satu pusat kawalan operasi bomba juga dibuka di Jeti Bagan Pasir bagi mencari dan menyelamatkan mangsa.
Kredit : Berita Harian
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kes Arwah Thaqif : Pembantu Warden Sujud Syukur
Kota Tinggi: Pembantu warden yang ditahan bagi membantu siasatan kematian bekas murid Madrasah Tahfiz Al Jauhar, Mohamad Thaqif Amin ...

-
TANAH MERAH - Polis hari ini menafikan adanya kes pemandu teksi merogol remaja perempuan berusia 14 tahun di daerah ini yang menjadi tu...
-
Kota Tinggi: Pembantu warden yang ditahan bagi membantu siasatan kematian bekas murid Madrasah Tahfiz Al Jauhar, Mohamad Thaqif Amin ...
-
NEW YORK: Organisasi Trump, konglomerat yang menyatukan pelbagai kepentingan perniagaan keluarga Presiden Donald Trump, semalam mengum...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan