Lazada Malaysia

Rabu, 12 April 2017

Produk Beracun Dikesan

                               KETUA Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah. - Foto Zulfadhli Zulkifli.

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada membeli dan menggunakan tiga produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual iaitu merkuri, hydroquinone dan tretinoin. 

Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata produk itu ialah Tati Skincare Night Cream yang mengandungi merkuri, Tati Skincare Treatment Cream (hydroquinone dan tretinoin) dan Moleek Anti Pigment Cream (hydroquinone dan tretinoin).

 "Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual dalam produk berkenaan," katanya. 

Dr Noor Hisham berkata, produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan. 

Pengguna dan orang ramai boleh menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik di laman web rasmi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di http://npra.moh.gov.my/. 

Sumber : Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kes Arwah Thaqif : Pembantu Warden Sujud Syukur

Kota Tinggi: Pembantu warden yang ditahan bagi membantu siasatan kematian bekas murid Madrasah Tahfiz Al Jauhar, Mohamad Thaqif Amin ...