Lazada Malaysia

Rabu, 19 April 2017

Geng Rooban Tewas

KETUA Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, hari ini. - Foto Mohd Fadli Hamzah


SEPANG: Polis Sepang menyelesaikan kes rompakan kedai serbaneka 24 jam dan taman perumahan di sekitar daerah ini dengan tertangkapnya lima ahli 'Geng Rooban' yang mendalangi jenayah itu sejak tahun lalu. 

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali, berkata tangkapan dibuat menerusi operasi pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah dan Pasukan Ops Cantas Khas Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, yang berjaya menahan dalang utama kes berkenaan di Dengkil. 

"Pada 12 April lalu, pihak polis menahan seorang lelaki berusia 25 tahun dikenali sebagai Rooban yang kita percaya adalah dalang utama merancang kegiatan jenayah berkenaan. "Susulan tangkapan pertama, kita menahan empat lagi ahli Geng Rooban berusia antara 21 hingga 29 tahun di sekitar Dengkil dan Banting," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, di sini hari ini. 

Abdul Aziz berkata, suspek utama kumpulan berkenaan dibebaskan dari Penjara Kajang pada September tahun lalu selepas menjalani hukuman penjara selama tujuh tahun. Katanya, seorang suspek yang ditahan turut dikesan memakai peranti pemantauan elektronik (EMD) untuk mencegah pelaku daripada terus melakukan jenayah mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA). 



Sebelum ditangkap, katanya, tiga ahli Geng Rooban dipercayai menyamun kedai serbaneka 24 jam di Kota Warisan di Bandar Baru Salak Tinggi dengan mengacukan parang di leher seorang pekerja lelaki kira-kira jam 4.50 pagi ketika mangsa merokok di hadapan kedai. 

"Suspek mengugut mangsa dan meminta mengeluarkan wang dari kaunter kedai serbaneka berkenaan selain mengambil telefon bimbit serta rokok. Jumlah kerugian dianggar RM1,510," katanya. 

Abdul Aziz berkata, polis turut merampas dua kereta jenis Perodua Myvi dan sebuah Perodua Alza yang dipercayai digunakan ketika melakukan jenayah berkenaan. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan dengan senjata.

Kredit : Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kes Arwah Thaqif : Pembantu Warden Sujud Syukur

Kota Tinggi: Pembantu warden yang ditahan bagi membantu siasatan kematian bekas murid Madrasah Tahfiz Al Jauhar, Mohamad Thaqif Amin ...