Lazada Malaysia

Selasa, 11 April 2017

Pangkalan Udara Syria diserang



WASHINGTON: Serangan Amerika Syarikat ke atas sebuah pangkalan udara Syria memusnahkan satu perlima baki pesawat tempur rejim Damsyik, kata Setiausaha Pertahanan AS, Jim Mattis, hari ini ketika Washington mengeluarkan amaran baharu kepada Presiden Bashar al-Assad.

 Penilaian umum serangan peluru berpandu pada Jumaat lalu dan retorik baharu itu dikeluarkan ketika menteri tujuh negara maju (G7) berhimpun di Itali untuk menghantar mesej jelas dan selaras kepada Russia ekoran sokongannya terhadap Damsyik.

 Jumaat lalu, AS melancarkan 59 peluru berpandu Tomahawk menyasarkan pangkalan udara Shayrat berhampiran Homs yang didakwa Pentagon lokasi jet digerakkan untuk melancarkan serangan kimia di wilayah pemberontak di Idlib. 

"AS tidak akan hanya melihat Assad membunuh penduduk tidak bersalah dengan senjata kimia, yang diharamkan undang-undang antarabangsa dan sudah diisytiharkan musnah," kata Mattis dalam satu kenyataan sambil mengesahkan bahawa 20 peratus pesawat Assad yang masih boleh beroperasi, musnah.

Sumber - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kes Arwah Thaqif : Pembantu Warden Sujud Syukur

Kota Tinggi: Pembantu warden yang ditahan bagi membantu siasatan kematian bekas murid Madrasah Tahfiz Al Jauhar, Mohamad Thaqif Amin ...