Lazada Malaysia

Isnin, 10 April 2017

Peluncur udara ditemui selamat

KUALA KUBU BHARU - Eksekutif pentadbiran sebuah syarikat permotoran yang hilang ketika menyertai aktiviti luncur udara di Bukit Batu Pahat, dekat sini berjaya ditemui sebentar tadi dalam keadaan selamat.
Mangsa ditemui kira-kira pukul 3.30 petang oleh sebuah helikopter Polis Diraja Malaysia tidak jauh dari lokasi mangsa dilaporkan diterbangkan angin kencang.
Mohamad Rosely Azly, 53, bersama enam lagi rakannya dari Kelab Luncur Udara Kuala Kubu Bharu melakukan aktiviti luncur udara dari puncak bukit berkenaan sebelum dijadual mendarat di Padang Millenium pada pukul 2.45 petang.
Dia bagaimanapun gagal mendarat dipercayai akibat diterbangkan angin kencang.

Kredit : Kosmo Online


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kes Arwah Thaqif : Pembantu Warden Sujud Syukur

Kota Tinggi: Pembantu warden yang ditahan bagi membantu siasatan kematian bekas murid Madrasah Tahfiz Al Jauhar, Mohamad Thaqif Amin ...