Lazada Malaysia

Isnin, 10 April 2017

Maut Akibat Tersangkut Kabel Elektrik

Ipoh: Pelajar sekolah menengah maut apabila kabel elektrik terjatuh sebelum tersangkut di lehernya ketika sedang membonceng motosikal, di Kilometer 5, Jalan Bota Kiri-Tanjung Blanja, kira-kira 70 kilometer dari sini.
Nurul Huda Ashira Abdullah, 16, beralamat dari Bota Kanan, maut di tempat kejadian sebelum dihantar ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Zainal Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira 5 petang tadi, mangsa menaiki motosikal yang ditunggangi rakan perempuannya berusia 15 tahun, dalam perjalanan dari arah Parit menghala ke Bota.
"Setibanya di tempat kejadian yang ketika itu hujan lebat, tiba-tiba kabel tiang elektrik di sebelah kiri jalan telah terjatuh.
Penunggang motosikal berkenaan cuba mengelak tetapi kabel tersebut tersangkut di leher mangsa yang duduk di belakang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Zainal berkata, penunggang motosikal berkenaan bagaimanapun mengalami kecederaan ringan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Kredit: Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kes Arwah Thaqif : Pembantu Warden Sujud Syukur

Kota Tinggi: Pembantu warden yang ditahan bagi membantu siasatan kematian bekas murid Madrasah Tahfiz Al Jauhar, Mohamad Thaqif Amin ...